Hadi Samsi Social Work

Published by hadi samsi under on 10:38 PM
firman Allah yang bermaksud :
“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk”.
                                                                                                                                                                                        
                                                                                                                                                                                         Al-Israa’ ayat 32 

Bedasarkan firman Allah di atas telah menunjukkan kepada kita bahawa Allah S.W.T amat tidak suka malah akan memandang hina kepada mereka yang melakukan zina ini. walaubagaimanapun suruh ini tidak dipandang berat terhadap umat islam. Ini terbukti apabila terdapat banyak kes-kes  penzinaan, sumbang mahram sehinggakan membawa kepada masalah baru iaitu pembuangan bayi berlaku begitu banyak pada masa kini . Menurut sumber dari Utusan Malaysia, Selangor mencatatkan jumlah kes pembuangan bayi  tertinggi di negara ini sejak lima tahun lepas bermula 2005. Mengikut statistik Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Selangor mencatatkan 105 kes pembuangan bayi . Secara keseluruhannya, 407 kes direkodkan berkaitan pembuangan bayi bagi tempoh 2005-2010 . Selain Selangor, Johor mencatatkan 83 kes pembuangan bayi, Sabah (65), Sarawak (34), Negeri Sembilan (24), Pulau Pinang (22), Perak (19), Pahang dan Kedah (17), Kelantan (10), Terengganu (5), Melaka (3), Kuala Lumpur (2) dan Perlis (1).

Antara gambar-gambar pembuangan bayi


                                  tempat pembuangan bayi yang telah disediakan oleh kerajaan


                                             bayi yang tidak berdosa di buang begitu sahaja



                                                   apa salah bayi ini dibuang dan dibakar?


                                       bila manusia sudah tidak punyai perasaan belas kasihan


              gambar-gambar bayi yang masih hidup dan yang telah mati di bunuh oleh manusia kejam

Sesungguhnya bagi mereka yang kejam ini telah di janjikan oleh Allah akan apa neraka, seperti di dalam firmannya dalam suruh Al-A'araf ayat 179.
Maksudnya:
"Sesungguhnya kami jadikan untuk isi neraka jahanam kebanyakkannya daripada jin dan manusia,mereka mempunyai hati (tetapi) tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat allah), mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakan untuk melihat (bukti keesaan allah) dan mereka mempunyai telinga(tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ajaran dan nasihat). Mereka itu seperti binatang ternakan,bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang yang lalai".

sumber : Akhbar Utusan, 7 April 2010

MODEL ABRAHAM MASLOW

Published by hadi samsi under on 8:48 PM



ABRAHAM MASLOW
Menurut teori Maslow, beliau  menyatakan dalam kehidupan manusia, kehendak dan keperluan manusia adalah mengikut peringkat peringkat keperluan. Manusia bermotivasi untuk berkehendak kepada keperluan peringkat rendah (lower order) seperti keperluan asas (physiological) dan keselamatan (safety). Pada peringkat, ia banyak dipengaruhi oleh faktor luaran dan persekitaran (external factor). Apabila sudah mencapai tahap ini, manusia berkehendak kepada keperluan tahap tinggi (high order) seperti keperluan bersosial (social), keperluan penghormatan (esteem) dan jati diri (self-actualization). Ia lebih didasari oleh faktor dalaman (internal factor). Mengikut teori ini,ia menyatakan manusia bermotivasi untuk memperjuangkan keperluan peringkat rendah (asas) sebelum ke peringkat tinggi dalam hieraki keperluan. Ini dapat di jelaskan melalui gambar rajah di bawah:






Secara keseluruhan, menurut Maslow semakin tinggi tahap hieraki seseorang individu, kumpulan dan komuniti itu  semakin hampirlah tahap kesempurnaan hidup mereka seterusnya mencapai tahap kefungsian sosial yang baik, sebaliknya apabila seseorang individu, kumpulan dan komuniti tidak mencapai tahap hieraki yang baik akan menyebabkan seseorang itu tidak mencapai tahap kefungsian social yang baik.


sumber : Wikipidia, Buku Pengantar Kerja Sosial

Bagaimana Kefungsian sosial individu dapat menyelesaikan masalah?

Published by hadi samsi under on 8:19 PM


Dalam konteks kerja sosial, terdapat beberapa matlamat atau fungsi kerja sosial yang mana kefungsian ini amat penting bagi setiap individu menjalani kehidupan rutin sebagai seorang manusia normal atau boleh dikatakan sempurna. Antara peranan  sebagai seorang pekerja sosial adalah meningkatkan kefungsian sosial sama ada individu, keluarga, kumpulan mahupun komuniti. Dalam konteks ini, pekerja sosial memainkan peranan yang sangat besar dalam meningkatkan kapasiti individu untuk bertindak balas dengan persekitarannya.
Sebagai seorang pekerja sosial  peranan yang di mainkan dalam kefungsian sosial ini termasuklah meningkatkan kemampuan individu dalam menyelesaikan masalah serta memilih jalan yang terbaik bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh klien. Pekerja sosial juga membantu seseorang individu untuk beradaptasi secara efektif dengan persekitarannya. Dalam mencapai matlamat-matlamat tersebut, pekerja sosial perlu mengenalpasti apakah punca kepada permasalahan yang dihadapi oleh individu bagi mencapai tahap hidup yang lebih baik.
Di samping itu, seorang pekerja sosial hendaklah mengenalpasti tahap serta keupayaan individu tersebut untuk menyesuaikan dirinya dengan persekitaran. Bagi memastikan matlamat ini dapat dicapai, pekerja sosial juga perlu mengetahui apakah sumber dan kekuatan yang terdapat di persekitaran yang difikirkan dapat membantu meningkatkan keupayaan individu tersebut. Sumber yang sedia ada bukan sahaja termasuk sumber kewangan sahaja malah turut mengambil berat tentang keperluan asas yang lain contohnya seperti tempat tinggal, sumber makanan, air dan sebagainya yang boleh meningkatkan kefungsiaan seseorang itu kearah yang lebih baik.
Seterusnya, pekerja sosial juga hendaklah membantu individu yang terlibat bagi meningkatkan kemahiran mereka untuk berhadapan denga masalah-masalah dalam kehidupan seharian.
fungsi kerja sosial bukan setakat itu sahaja, malah  pekerja sosial bertanggungjawab bertindak sebagai penyokong atau membantu untuk memberikan sokongan terhadap usaha-usaha yang telah dilaksanakan bagi mengubah hidup mereka kearah yang lebih baik.


            Rajah : Fungsi sosial



Contoh kes : Ali merupakan seorang lelaki dan berusia 25 tahun. Beliau telah mengalami kemalangan jalan raya dan menyebabkan kaki kanannya dipotong akibat daripada kemalangan tersebut. Bagi membolehkan beliau berjalan seperti biasa, doktor menyuruh Ali untuk membeli kaki palsu dengan kos sebanyak RM60,000.00. Dengan kos yang tinggi ini menyebabkan Ali tidak mampu dan memohon pertolongan daripada Jabatan Kerja sosial Perubatan. jadi sebagai seorang pekerja sosial, saya telah memohonkan bantuan untuk Ali ke Tabung Perubatan Malaysia, selepas di usahakan dan memperoleh kelulusan, maka pemohonan Ali untuk mendapatkan kaki palsu telah berjaya. Dengan cara ini membolehkan Ali untuk berjalan semula seperti sedia kala dan seterusnya dapat meningkatkan kembali kefungsian sosial Ali.


Sumber : Buku Pengantar Kerja Sosial