Hadi Samsi Social Work

Pengemis

Published by hadi samsi under on 11:28 AM
Budaya mengemis di Malaysia bukanlah satu benda yang baru. Boleh dikatakan setiap tahun jumlah pengemis yang terdapat di Malaysia semakin bertambah. Menurut Akhbar Utusanonline seorang wartawan menyelami kehidupan sebagai seorang pengemis disamping ingin melihat sendiri budaya permurah yang ada pada rakyat Malaysia untuk menderma kepada pengemis sehingga menyebabkan jumlah pengemis semakin bertambah. Menurut wartawan tersebut Penyamaran selama tiga jam yang bermula pada 3 petang dilakukan di jejantas Hentian Puduraya. Hasilnya, dalam tempoh tidak sampai 30 minit, sebanyak RM10 diperoleh dan sehingga 6 petang jumlahnya mencecah RM30. Dengan imej selekeh memakai seluar pendek dan kemeja-T kotor dan kedua-dua belah tangan disapu gam bagi menampak kulit mengelupas selain muka serta kaki disapu minyak hitam, sudah memadai untuk penulis menukar diri menjadi pengemis. Beberapa pejalan kaki memandang dengan rasa kasihan tetapi tidak menghulurkan wang. Namun apabila penulis mengeluarkan bunyi seolah-olah bisu, ada yang berpatah balik menderma. Seorang wanita Cina ketika dihulur cawan plastik memberikan 60 sen tetapi apabila penulis mengeluarkan bunyi seolah-olah bisu, dia terus membuka beg tangan dan menambah RM2 lagi. Tidak dapat dinafikan dengan mengemis ini dapat memberikan pendapat yang lumayan. Menurut Akhbar The star, Pengemis yang mengemis di Malaysia ini mampu memperoleh sebanyak RM300 sehari. Ini baru sehari, bayangkanlah jika sebulan?, sudah semestinya pendapatan mereka mampu menjangkau ribuan ringgit.

Dari segi Pengemis, ia  boleh di ketegorikan kepada dua Kategori pertama ialah kumpulan peminta sedekah yang diketuai atau didalangi individu atau sindiket, manakala satu lagi kategori ialah kumpulan pengemis yang menjalankan aktiviti secara bersendirian. Menurut Encik Shariff Ghani, Setiausaha Agung Majlis Madrasah Indian Muslim Malaysia, memaklumkan Pengemis, terutamanya kanak-kanak wajar diberi peluang untuk hidup. Tapi, jika tindakan mereka itu dahsyat sehingga membuatkan masyarakat terganggu, mereka boleh terus melaporkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk tindakan selanjutnya, menurut beliau lagi ketiadaan undang-undang dan penguatkuasaan tegas oleh pihak berkuasa membolehkan mereka yang tidak bertanggungjawab menggunakan peluang dan keterbukaan ini untuk mengaut keuntungan dengan cara mudah.

Antara gambar-gambar pengemis yang di ambil:


Tempat : Jalan Tunku Abdul Rahman
Tarikh : 7 September 2010


Tempat : Bazaar Ramadhan, Sri Serdang
Tarikh : 25 Ogos 2010



Tempat : Uptown, Damansara
Tarikh ; 4 September 2010



Tempat : JalanTunku Abdul Rahman
Tarikh : 7 September 2010



Tempat : Jalan Tunku Abdul Rahman
Tarikh : 7 September 2010

Masalah-masalah Gejala Sosial

Published by hadi samsi under on 10:44 AM

Masalah couple 
Tempat : I-City, Shah Alam


Masalah kesesakkan di KTM
Tempat : KTM Sungai Buloh


Masalah Vendelisem 
Tempat : Pagar Kem Tentera, Sungai Buloh


Masalah Melepak
Tempat : I-City, Shah Alam


Masalah lambakkan Perniaga warga asing
Tempat : Tapak pasar malam, Kampung Paya Jaras