Hadi Samsi Social Work

Bagaimana Kefungsian sosial individu dapat menyelesaikan masalah?

Published by hadi samsi under on 8:19 PM


Dalam konteks kerja sosial, terdapat beberapa matlamat atau fungsi kerja sosial yang mana kefungsian ini amat penting bagi setiap individu menjalani kehidupan rutin sebagai seorang manusia normal atau boleh dikatakan sempurna. Antara peranan  sebagai seorang pekerja sosial adalah meningkatkan kefungsian sosial sama ada individu, keluarga, kumpulan mahupun komuniti. Dalam konteks ini, pekerja sosial memainkan peranan yang sangat besar dalam meningkatkan kapasiti individu untuk bertindak balas dengan persekitarannya.
Sebagai seorang pekerja sosial  peranan yang di mainkan dalam kefungsian sosial ini termasuklah meningkatkan kemampuan individu dalam menyelesaikan masalah serta memilih jalan yang terbaik bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh klien. Pekerja sosial juga membantu seseorang individu untuk beradaptasi secara efektif dengan persekitarannya. Dalam mencapai matlamat-matlamat tersebut, pekerja sosial perlu mengenalpasti apakah punca kepada permasalahan yang dihadapi oleh individu bagi mencapai tahap hidup yang lebih baik.
Di samping itu, seorang pekerja sosial hendaklah mengenalpasti tahap serta keupayaan individu tersebut untuk menyesuaikan dirinya dengan persekitaran. Bagi memastikan matlamat ini dapat dicapai, pekerja sosial juga perlu mengetahui apakah sumber dan kekuatan yang terdapat di persekitaran yang difikirkan dapat membantu meningkatkan keupayaan individu tersebut. Sumber yang sedia ada bukan sahaja termasuk sumber kewangan sahaja malah turut mengambil berat tentang keperluan asas yang lain contohnya seperti tempat tinggal, sumber makanan, air dan sebagainya yang boleh meningkatkan kefungsiaan seseorang itu kearah yang lebih baik.
Seterusnya, pekerja sosial juga hendaklah membantu individu yang terlibat bagi meningkatkan kemahiran mereka untuk berhadapan denga masalah-masalah dalam kehidupan seharian.
fungsi kerja sosial bukan setakat itu sahaja, malah  pekerja sosial bertanggungjawab bertindak sebagai penyokong atau membantu untuk memberikan sokongan terhadap usaha-usaha yang telah dilaksanakan bagi mengubah hidup mereka kearah yang lebih baik.


            Rajah : Fungsi sosial



Contoh kes : Ali merupakan seorang lelaki dan berusia 25 tahun. Beliau telah mengalami kemalangan jalan raya dan menyebabkan kaki kanannya dipotong akibat daripada kemalangan tersebut. Bagi membolehkan beliau berjalan seperti biasa, doktor menyuruh Ali untuk membeli kaki palsu dengan kos sebanyak RM60,000.00. Dengan kos yang tinggi ini menyebabkan Ali tidak mampu dan memohon pertolongan daripada Jabatan Kerja sosial Perubatan. jadi sebagai seorang pekerja sosial, saya telah memohonkan bantuan untuk Ali ke Tabung Perubatan Malaysia, selepas di usahakan dan memperoleh kelulusan, maka pemohonan Ali untuk mendapatkan kaki palsu telah berjaya. Dengan cara ini membolehkan Ali untuk berjalan semula seperti sedia kala dan seterusnya dapat meningkatkan kembali kefungsian sosial Ali.


Sumber : Buku Pengantar Kerja Sosial

0 comments:

Post a Comment